Perlindungan Covid 19 Percuma
Kerajaan baru-baru ini melancarkan Perlindungan Covid-19 secara percuma. Insiatif ini dikenali sebagai Perlindungan Tenang yang diumumkan di bawah Belanjawan 2021 sebagai bantuan kewangan kepada golongan B40 untuk memiliki perlindungan insurans secara'one off'.
Manfaat utama perlindungan ini ialah:
1. Perlindungan RM20,000 untuk kematian atau Hilang Upaya Kekal akibat kemalangan.
2. RM50 sehari Elaun Hospital akibat kemalangan atau penyakit sehingga maksimum 30 hari setahun.
Manfaat tambahan pula ialah:
1. Perlindungan RM10,000 untuk kematian akibat Covid-19 atau kesan sampingan.
2. RM50 Elaun Hospital sehari untuk rawatan Covid-19 sehingga maksimum 30 hari setahun.
Nota: Jumlah minima penyertaan adalah 500 orang.
Untuk keterangan lebih lanjut berkaitan perlindungan ini bolehlah menghubungi Pn Norizah 012 919 8673 dan En Rizuan 012 338 8171 atau email kami di contact@protac.com.my.